
Sulit
3 tahun
Lewat period tetapi upt - ve
saya 20an belum berkahwin. sblum ni haid saya teratur, tp dah seminggu saya lewat period. saya dah buat ujian upt dgn doktor,tetapi hasilnya negatif. dan doktor ada bg ubat pelancar darah, tp dah 3hari pun masih belum period lagi. sblum ni saya mmg ada masalah dgn tidur saya yg tidak cukup. sbb saya kerja shiftmalam. saya taksempat nak cerita dgn doktor, sbb ketika itu doktor risau saya postif hamil. adakah disebabkan tidur saya tidak teratur punca haid saya lewat?? atau perlu ke sekali lagi saya berjumpa dgn doktor?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan gejala tersebut. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sekiranya gejala ini masih berterusan anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.