Sulit
5 tahun
Lewat piriod tp bila piriod hanya spot
Salam doktor, saya merancang utk hamil lagi, anak saya 11 bulan, pada bulan 3 tarikh piriod pertama saya 23.3 dan bulan berikutnya selalu akan awal 2 atau 3 hari… cth 19/20.4 tarikh piriod saya… tp saya lewat dlm 3/4 hari, bile saya buat upt hasilnye negatif… dan spot ni berlangsung selama beberapa hari… Adakah ada penyakit lain atau saya hamil… anak no 3,4,& 5 semua ada spot di awal kehamilan… ini menyebabkan saya sedikit keliru…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Secara amnya, spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa.
Antara sebab masalah yang anda alami adalah adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























