
nurraihanmahdan
5 tahun
Lewat seminggu haid dari tarikh
Saya wanita dalam 21tahun, saya dah berkahwin selama 1tahun lebih belum mempunyai anak. Saya sudah lewat seminggu haid, kitaran haid saya selama 33hari bulan lepas …tetapi sebelum beberapa hari dari tarikh haid, saya ada alami keluar darah sikit macam darah setitik .selepas lewat 5hari saya check upt negatif …saya sekarang masih keliru

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Hamil
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun kitaran haid bagi setiap bulan adalah berbeza. Mungkin haid puan pada bulan ini terlewat sedikit. Saya sarankan untuk puan membuat ujian UPT untuk mengesahkan kehamilan.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.