
Sulit
4 tahun
Lidah kebas adakah kerana kesan ubat?
Saya sekarang kerap makan ubat antibiotik dan ubat alahan kerana masalah kelamin dan injection…
Lidah saya rasa kebas sedikit…
Tapi makan rasa seperti biasa…
Adakah kesan pengambilan ubat?
Kerana doctor cakap kesan ubat…tapi saya nak kan kepastian dari doktoroncall berkenaan saya…terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan kekurangan maklumat tentang ubat yang anda sedang ambil, saya tidak pasti jika masalah yang anda hadapi adalah disebabkan kesan sampingan ubat. Saya sarankan anda untuk menghubungi doktor anda kembali dan dapatkan maklumat lanjut kerana dia lebih memahami keadaan anda.
Namun begitu terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan lidah kebas seperti:
- Gangguan somatoform (sejenis masalah psikiatri yang mana pesakit mempunyai keluhan yang timbul tanpa dapat dijelaskan asal datang keluhan)
- Akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
- Multiple sclerosis
- Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
- Burning Mouth Syndrome (BMS)
- Sawan
- Stroke
- Kanser mulut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.