
Sulit
3 tahun
Lidah mengeluarkan darah
Saya berumur 26 Tahun, baru baru ini saya mengalamai kesukaran untuk menelan air liur(kadang-kadang) terasa susah sikit untuk bernafas. Jadi saya fikir ia masalah biasa. Jadi selepas saya mengambil makanan nasi sepinggan, ternyata dada terasa senak seolah-olah ada tersekat di tengkok dan aliran dada,susah nak bernafas. Ia terasa hanya selepas makan makanan berat. Jadi penyakit ini baru baru menjadi lebih tak selesa, bila saya tidak makan, dilorong dada(terasa lancar sedikit) apabila saya diet tak makan…Ia terjadi selepas makan sahaja walaupun ia terasa juga sedikit (senak) bila amalkan diet, dan kadang-kadang lidah saya tiba tiba mengeluarkan darah. saya tidak tahu punca mana datangnya darah dari lidah saya kerana tidak mengalami sebarang luka. Saya ada mengambil Gaviscon double action tapi macam tak menjadi. Sekarang saya hanya makan sedikit tapi badan sedikit menggigil/lesu saya tak tahu berpunca dari tidak makan / penyakit yang saya alami. Harap doktor boleh bagi saya penjelasan. Saya akan menyusul doktor di tempat kawasan saya kemudian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah darah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih