
Sulit
4 tahun
Lip eczema on the lips and around the mouth
Saya mengalami masalah eczema di bibir yg agak teruk. Bibir dan keliling bibir/mulut saya merah2x dan merekah bila kering. Saya perlu menggunakan lip balm selalu pada bibir dan keliling bibir utk mengelakkan ia kering. Bila kering, keliling bibir saya akan merah, berair dan gatal terutama pada bahagian atas dan bawah kiri dan kanan bibir. Lip balm atau ubat apa yg sesuai boleh saya gunakan utk mengatasi masalah ini? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit telinga dan telinga berair. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kondisi ekzema meliputi keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit yang melecur. Jika berpanjangan, ia dapat menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat boleh mengelupas, berkerak mahupun berdarah.
Walau bagaimanapun, gejala-gejala tersebut boleh juga disebabkan oleh banyak perkara lain. Antaranya:
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dermatitis Kontak Alergi
- Alahan ubat
- Steven Johnson Syndrome
- Toxic Epidermal Necrolysis
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Berhenti merokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Bagi mengetahui jenis ubat dan Lip Balm yang sesuai untuk masalah anda, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.