Sulit
5 tahun
Long Break from Latest Menstrual
Saya wanita berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Saya sudah lama tidak “period” iaitu selama 6 bulan. Kebelakangan ini, saya agak stress dengan pembelajaran saya dan mengakibatkan saya stress eating dan berat badan saya naik dengan mendadak.Sebelum ini saya kerap mengalami kelewatan mendapat haid tetapi tidak melebihi 3 bulan. Dan sebelum ini, setiap kali sebelum period, perut saya akan merasa seperti ada “balloon” di bahagian pelvic sebelah kanan. Adakah ini normal atau ada apa-apa tindakan yang perlu saya lakukan.
5 tahun
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Jika anda berasa menggelembung seperti yang anda baru katakan, maklumat lanjut perlu diberikan sebelum apa apa kesimpulan dibuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























