
Sulit
4 tahun
Lubang pembukaan dubur berasa tidak selesa
Hai doc, saya lelaki 22 tahun. Saya nak tanya kenapa sekiranya saya meneran rasa seperti ada benjolan di lubang pembukaan dubur. Rasa tersebut juga kadangkala hilang setelah saya membuang angin tetapi akan kembali. Saya tiada simptom lain. Tq doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan benjolan yang terdapat pada daerah dubur anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
Atau gangguan saluran pencernaan seperti:
- Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal prolapse
- Rectal polyp
- Angin pasang (baca: hernia)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.