
Sulit
5 tahun
Luka appendix sakit kembali selepas 15 tahun dibuang
Saya wanita berumur 24 tahun dan telahpun membuang apendiks 15 tahun yang lalu. Sekarang, tempat operate itu sakit kembali terutamanya seleas buang air kecil dan ketika baring

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda telah menjalani operasi membuang appendiks, kemungkinan gejala yang anda alami adalah disebabkan oleh:
- Penyakit keradangan pelvik
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karangw atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.