
Riyanna
6 tahun
Luka berbentuk bulat pada bibir
Slmt ptg Dr sya ingin brtanya… Sya mndpti bru smlm… Rsa kurang selesa d bhgian atas bibir sya… Bila sya amati ada spt luka bbntuk bulat wrna kemerah²an… Sya krang psti ada kh ia nya herpes… Kalau btul herpes apa kh jenis ubat yg bleh sya guna kn

6 tahun
Salam sejahtera dan selamat petang.
Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan luka di sekitar mulut. Sebagai contohnya, ekzema, dermatitis, alergi atau alahan serta jangkitan bakteria seperti impetigo boleh menyebabkan luka di sekeliling mulut. Selain itu, bibir dan kulit di sekeliling juga mudah pecah jika cuaca terlalu kering, tidak minum air secukupnya atau merokok. Cold sores, iaitu sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh herpes simplex virus atau HSV, merupakan salah satu punca yang sering menyebabkan ruam dan kudis berair di bahagian mulut dan bibir.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengn doktor secepat mungkin. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengenalpasti punca ruam tersebut. Ruam yang disebabkan oleh HSV biasanya dirawat dengan ubat sapu antivirus seperti krim yang mengandungi aciclovir. Jika anda menggunakan krim tersebut, pastikan anda menggunakan krim tersebut seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor.
Selepas menyentuh ruam, anda harus membasuh tangan dengan bersih. Pastikan orang lain tidak menyentuh ruam tersebut dan anda tidak harus berkongsi perkakas persendirian anda dengan orang lain. Elakkan diri anda daripada bercium dan bersentuh dengan bayi dan budak kecil kerana HSV boleh menyebabkan komplikasi serius seperti jangkitan otak dalam kalangan kanak-kanak kecil.

6 tahun
Hi. Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Herpes yang menyebabkan luka atau lepuh di bahagian mulut selalunya disebabkan oleh jangkitan Herpes Simplex Virus (HSV) jenis 1. Herpes yang menjangkiti bahagian alat kelamin yang selalu kita dengari pula disebabkan oleh HSV jenis 2. Jangkitan ini berlaku apabila terdapat sentuhan kulit secara terus dengan individu yang telah dijangkiti melalui ciuman, berkongsi makanan, pinggan, sudu atau garfu atau berkongsi pisau cukur dan alat-alat mandian.
Jangkitan ini tidak berbahaya namun ia memerlukan rawatan yang segera kerana terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi seperti radang selaput otak (meningitis) dan masalah pundi kencing. Rawatan yang dilakukan bertujuan untuk menghilangkan simptom di samping mengurangkan peluang untuk merebak kepada orang sekeliling. Bagi jangkitan herpes di mulut, kebiasannya ubat yang diberi oleh para doktor adalah krim sapuan anti-viral. Anataranya adalah krim acyclovir, valacyclovir dan famciclovir.
Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa virus ini akan berada di dalam badan pada tempoh yang lama dan akan kekal dorman walaupun setelah rawatan diberi. Ia akan kembali aktif sekiranya tahap ketahanan tubuh anda menurun.