
Sulit
5 tahun
Luka bernanah bahagian miss v
saya wanita umur 21tahun dan mengalami luka bernanah di bahagian miss v dah masuk hampir 3minggu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda luka tersebut mungkin disebabkan oleh:
- Sifilis atau penyakit kelamin kronik
- Jangkitan sekunder akibat alahan kepada pencuci wanita atau material kain
- Jangkitan akibat luka kulit pada bahagian sulit
- Jangkitan kulat seperti candidiasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum rawatan boleh diberi. Anda tidak boleh sesekali sambil lewa dengan masalah anda mahupun merawat sendiri kerana khuatir komplikasi serius. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.