
Sulit
4 tahun
Luka bersalin berdenyut
Hai doctor. Sy bersalin normal . hari ni hari ke26. Pd hari ke4 luka sy terbuka n doc suggest sy pakai solcosery gel. Skg dah okay luka. Tp tempat luka tu still sakit berdenyut bila duduk

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sensasi berdenyut di bahagian luka adalah perkara yang normal kerana ia adalah proses keradangan. Tujuannya adalah untuk menghantar darah yang banyak kepada kawasan yang luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Tetapi saya nasihatkan anda untuk pergi berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala seperti ini:
- Demam
- Sakit yang berdenyut
- Panas di bahagian luka
- Merah di bahagian luka
- Luka mula berbau
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.