
Sulit
4 tahun
Luka Czer Infection dan terkena jangkitan kuman MRSA dan sudah berada dia hospital 13 hari dan apa patut saya buat untuk menghilangkan kuman tersebut selain daripada dos antibiotic yang diberikan oleh doctor
Baru baru ni saya melahirkan anak secara emergency czer dan 14 hari lepas bersalin jahitan czer saya keluar nanah tetapi saya tak ada demam… Saya pergi ke hospital dan jahitan saya dibuka semula dan dicuci setiap hari… Doctor ada ambil sample luka dan buat ujian mengesahkan saya terkena jangkitan kuman MRSA… so lepas tu saya diberi antibiotic sehingga cukup dos… Dan kini luka saya dah semakin sembuh dan hampir tutup sendiri… Yang menjadi persoalan sekarang adakah saya masih dijangkiti kuman jika luka saya dah semakin sembuh? Sekarang saya hanya menunggu utk doctor jahit semula luka saya ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang jangkitan bakteria pada luka cser.
Untuk makluman anda, status jangkitan kuman samada anda masih dijangkiti atau tidak hanya boleh diketahui melalui ujian darah. Saya tidak boleh mengatakan anda sudah sembuh dari jangkitan tersebut atau anda masih dalam tempoh jangkitan. Dengan progres luka yang semakin sembuh, saya yakin keadaan anda sudah kembali baik walaupun bukan 100%. Saya nasihatkan anda untuk menghabiskan antibiotik yang diberikan dan mengikut nasihat doktor yang merawat anda kerana mereka lebih mengetahui.
Sekali lagi saya tekankan bahawa jangkitan bakteria hanya boleh diketahui melalui ujian darah atau sampel yang di ambil. Tempoh jangkitan berbeza mengikut kondisi kesihatan individu dan rawatan yang diterima.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.