
Sulit
3 tahun
Luka Czer Lepas Bersalin
Hi doctor, saya seorg ibu berusia 37thn dan baru bersalin secara czer kali ke2. Ketika sy menulis soalan ini sy br 13 hari bersalin. Sy berasa sedikit pedih di tempat permulaan jahitan czer. Terdapat benjolan keras dr dlm di tempat luka czer. Adakah itu normal utk tempoh penyembuhan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kerisauan yang anda sedang alami. Kami akan cuba untuk emmbantu anda.
Untuk maklumat anda, benjolan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh proses pemulihan luka dan ianya akan surut setelah beberapa hari atau minggu.
Namun, kami sarankan untuk anda merujuk dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit perut
- Jahitan luka terbuka semula
- Terdapat bau busuk dan nanah di kawasan jahitan
- Kawasan jahitan dan sekitar menjadi merah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.