Sulit
3 tahun
Luka dalam di faraj terkena kuku semasa bersama
Saya berusia dlm 40an. Sy kerap bersama dgn suami dan sering bertukar2 posisi. Ada satu ketika ketika bersam suami telah memasukkan jarinya dan telah terkasar. Sudah dpt consult doctor dia beri krim dan ubat bengkak. Tetapi sy masih risau adakah saya perlu stop dulu bersama suami? Masih fobia dan trauma brp lama lgkah akan sembuh? Sy ingin sembuh. Mohon doctor bantu saya. Dah hampir 2 minggu. Apa yg sy perlu buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu luka didalam faraj. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Luka kecil di dalam faraj kebiasaannya akan sembuh dalam masa seminggu atau lebih. Luka ini biasanya tidak meninggalkan kesan yang berpanjangan ataupun mengakibatkan komplikasi.
Sekiranya gejala anda tidak baik setelah beberapa hari, anda disarankan untuk berjumpa doktor
Anda juga harus berjumpa doktor sekiranya:
- pendarahan berterusan
- cecair kuning atau keruh ada
- sakit teruk
Anda tidak digalakkan untuk bersama dengan pasangan sehingga luka tersebut sembuh, dikhuatiri luka akan bertambah teruk.
Jaga kebersihan ketika bersama pasangan, kuku ataupun jari yang kotor boleh menyebabkan kepada jangkitan kuman.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih