
Sulit
3 tahun
Luka di bawah kepala Zakar
Saya Lelaki berumur 28tahun, saya perasan ada sedikit luka di bawah kepala zakar saya. Saya tidak pasti adakah ini disebabkan penyakit . Sebab setiap kali bila zakar saya keras, dia pasti akan ada luka. Seperti kulit tidak cukup dan menyebabkan luka. Boleh saya tahu tak kenapa.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang luka di bawah kepala zakar. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, luka di kepala zakar boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Penyakit STD seperti herpes dan sifilis
- Jangkitan bakteria
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda untuk merujuk kepada doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor