Sulit
2 tahun
Luka di faraj tidak kering z
Saya wanita 26 tahun , pada 4 hari lepas , saya tergaru kemaluan saya ketika saya basuh selapas buang air kecil , dan saya dapati kemaluan saya telah luka , pada bahagian dalam bibir faraj , dan dalam lubang bahagian bawah , tadi ketika saya ingin sapu ubat kuning , saya dapati luka saya makin besar ,dan sudah bewarna putih , tepi lukanya bengkak berwarna merah , apakah punca nya , dan cara untuk merawatnyaa ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, luka anda lambat untuk kering mungkin disebabkan oleh luka tersebut sering terkena air. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa tepi luka tersebut telah bengkak dan berwarna merah, ia menandakan bahawa luka tersebut telah mengalami infeksi.
Antara cara-cara yang anda boleh lakukan pada saat ini adalah:
- Penggunaan ubat makan yang tepat - seperti antibiotik, anti-virus atau anti-kulat
- Pastikan kawasan kemaluan kering dan tidak dibasuh dengan sabun - kerana ini akan membantutkan bakteria semula jadi pada kawasan kemaluan untuk melawan kuman jangkitan
- Penggunaan seluar dalam yang selesa dan kerap menukarnya
- Penggunaa krim sapuan yang bersesuaian dengan kondisi yang dialami anda
Namun, sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.