
Sulit
5 tahun
Luka kaki lebih sbulan
Hai doc…sya ad msalah dgn luka di kaki mak sya.mak sya luka lbih kurg sbulan lps dan luka dia msih xsmbuh.dia sllu cuci sndri luka dia.mak sya mrupakn pnghidap kncing manis.skrg sya trjumpa ulat dlm luka trsebut.dia keras kepala dan xnk ke hospital.boleh tak doc bgi cdangn mne ii doc yg lakukan srvis di rumah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis ini agak sukar kerana masalah pendarahan daripada komplikasi kencing manis. Ianya meningkatkan risiko untuk jangkitan sekiranya tidak dijaga dengan baik. Walaupun luka dicuci setiap hari, jika tidak mengikuti cara penjagaan kaki dengan betul, ianya juga akan mendapat serangan ulat.
Cara penjagaan seperti:
- Selalu memastikan tempat luka kering.
- Elakkan berjalan dengan kaki ayam ataupun memakai stoking/kasut yang basah.
- Sentiasa melindungi kaki dengan stoking yang kering dan bersih.
- Memakai kasut yang longgar dan selesa.
- Elakkan penggunaan bedak di kaki.
- Menggunting kuku jari dalam bentuk segi empat.
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ibu anda ini dengan lebih lanjut untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut sebelum pemotongan kaki dilaksankan akibat jangkitan serius. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.