Anonymous
6 tahun
Lupa makan pil perancang
sy berumur 31 tahun,sy terlupa ambil pil perancang selama 2 hari…ada kah kemungkinan sy akn mengandung…dan sekiranya sy mengandung berapa lama kah yg memboleh kan sy menyedari sy mengandung
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, sekiranya anda terlupa makan pil untuk dua hari, anda boleh mengambil pil yang anda terlupa segera serta ambil pil yang lain seperti biasa. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil langkah tambahan sekiranya anda tidak mahu hamil seperti elakkan hubungan kelamin atau pemakaian kondom oleh pasangan anda. Sekiranya anda berasa anda mengandung, anda boleh membuat ujian air kencing dalam tempoh 1-2 minggu selepas anda tidak mengambil pil. Namun ujian ini tidak seratus-peratus tepat dan kadang-kala memerlukan ujian di klinik atau hospital untuk pengesahan.
Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan kehamilan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































