
Anonymous
5 tahun
Macam jerawat di tepi lubang anal
saya wanita dalam linkungan 20 an, saya dapati beberapa minggu lalu, ada seperti biji berdekatan di lubang anus . Bila saya lihat ianya kelihatan seperti jerawat yg bulat berwarna putih. Ianya tidak sakit atau sebagainya, cuma saya risau ianya akan menjadi lebih teruk. adakah ianya akan hilang? kerana sudah agak lama . apa patut saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara simpton penyakit STD (Sexual Transmitted Disease) ialah
- Gatal dan sakit faraj ketika kencing dan melakukan seks
- Keluar cecair atau tompokan
- Faraj/zakar bernanah dan timbul biji di kemaluan
- Sakit sistemik seperti demam dan penat berlebihan
Antara contoh penyakit STD ialah sifilis, herpes, HPV, gonorea dan bermacam lagi. Simptom di alat kelamin biasanya kelihatan 4-7 hari selepas terdedah kepada individu yang telah dijangkiti
- Di kawasan alat kelamin – sakit ketika kencing dan seks, gatal, biji merah kecil, cecair keluar
- Sistemik – demam, sakit kepala, sakit abdomen, sakit otot
- Penyakit sembuh dalam tempoh 2-4 minggu
Menurut keterangan anda, anda kemungkinan mengalami simtom penyakit STD. Terdapat ujian di klinik STD yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti dignosis yang betul dan tepat. Anda juga boleh mendapatkan rawatan yang sesuai termasuklah ubat dan nasihat untuk mengelakkan jangkitan STD pada masa hadapan. Anda juga perlu membawa pasangan anda untuk melakukan ujian saringan walaupun pasangan tidak mempunyai sebarang simptom. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.