
razak
5 tahun
Macam mana nak rawat darah tinggi tanpa ubat
Macam mana nak rawat darah tinggi tanpa ubat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Rawatan darah tinggi bergantung pada tahap darah tinggi anda. Sekiranya tahap darah tinggi adalah antara 120-159/80-99 mmHg dan anda mempunyai risiko rendah untuk penyakit jantung, darah tinggi boleh cuba dikawali tanpa ubat melalui beberapa cara.
Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans.
Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri. Kurangkan pengambilan garam dan minuman beralkohol. Tingkatkan pengambilan serat. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu. Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi-komplikasi darah tinggi seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan serangan angin ahmar.
Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal. Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda harus cuba berhenti dengan kaedah-kaedah seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok.
Akhir sekali, tangani stres dengan efektif dan dapatkan tidur yang cukup.
Tetapi, jika tahap darah tinggi anda masih tidak dapat dikawali dengan cara-cara ini, anda perlu mengambil ubat darah tinggi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.