
Sulit
3 tahun
Macam mana nak tahu yang kita telah hamil
Pasangan sy mengata disaat kami bersama dia tidak mengeluarkan sebarang bentuk cecair dari kemaluannya…jadi boleh berlaku kehamilan tak doktor?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda hamil. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini bagi anda.
Kehamilan boleh berlaku apabila anda mempunyai hubungan kelamin tanpa pengunaan sebarang kaedah pencegahan kehamilan bersama pasangan anda. Secara ringkasnya, semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina). Sperma kemudiannya akan memasuki bahagian tiub falopio, di mana persenyawaan (fertilization) berlaku. Namun begitu, sebelum ejakulasi, zakar lelaki akan menghasilkan sejenis cecair (pre-cum) yang boleh menghasilkan kehamilan. Walaubagaimanapun, kebarangkalian anda untuk hamil melalui pre-cum adalah tipis.
Mengenai soalan anda, jika pasangan anda tidak mengeluarkan cecair semasa hubungan kelamin, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Sekiranya mengesyaki anda hamil, anda boleh melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan perkara ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami bagi mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.