
Sulit
4 tahun
Macam Mana nak Tau siplis atau tidak
Bagaimana hendak tahu siplis macam Mana belaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk maklumat anda, penyakit sifilis adalah merupakan penyakit kelamin. Kebiasaannya sifilis berjangkit melalui kontak seksual sama ada dari ada oral, dubur atau kemaluan. Ia bermula dengan ruam yang tidak sakit dan bakteria sifilis boleh kekal di dalam badan manusia buat tempoh yang lama.
Sifilis adalah bahaya kerana jika tidak dibendung dan diubati, ia boleh merebak di organ-organ di dalam badan dan menyebabkan komplikasi pada jantung, otak, bayi sekiranya mengandung dan lain-lain organ.
Antara gejala dan tanda sifilis adalah:
- Ruam yang tidak sakit di bahagian kemaluan dan kemudiannya timbul di sekitar badan
- Demam
- Kelenjar limfa bengkak dan kembang
- Lesu badan
Tanda komplikasi sifilis adalah bergantung pada organ yang terlibat.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Cara untuk mengetahui sama ada seseorang dijangkiti oleh sifilis adalah dengan melakukan melakukan ujian darah ataupun menggunakan air tulang belakang sekiranya doktor mengesyak seseorang mengalami neurosifilis.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit sifilis daripada doktor kami. Terima kasih.