
Sulit
5 tahun
Madalah pernafasan dan abdomen
Saya mengalami masalah pernafasan sejak 11 april. Telah pergi.ke3 klinik. Namun tiada masalah semput. Pergi.ke klinik kesihatan ambil darah, ada jangkitan kuman tetapi tidak diberikan ubat . Semasa itu saya demam juga hanya dapat ubat demam. Sekarang demam sudah tiada. Masalah pernafasan muncul kadang kala. Apakah masalah yang mungkin saya hadapi? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.