
maisarahmarzuki07
4 tahun
Makan antibiotics (amoxycillin trihydrate) semasa hamil
Hi. Sy hamil, usia kandungan nak masuk 4 bulan. Sy ingin bertanya, adakah antibiotics amoxycillin trihydarate untuk merawat kencing kotor safe for pregnancy? Dr memberikan sy antibiotics tersebut untuk merawat kencing kotor sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat Amoxycillin trihydrate yang diberikan oleh doktor anda untuk merawat jangkitan saluran kencing adalah selamat diambil ketika mengandung. Ianya tidak selamat sekiranya anda mempunyai alahan terhadap ubat ini, penyakit asma, buah pinggang atau hati. Sekiranya terdapat tindak balas ketika mengambil ubat ini seperti cirit-birit berlebihan, kegatalan kulit dan sesak nafas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda segera. Sekian