
Sulit
3 tahun
Makan pil perancang kecemasan
Bila kita makan pil perancang atau pil kecemasan bila bersama suami perlu lagi tak guna protection seperti kondom atau perlu buang luar ye? Dan kalau buang di dalam peratus untuk hamil tinggi tak

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, morning after pill atau emergency pill adalah sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Pil Kecemasan ini berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - justeru, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Walau bagaimanapun, sekiranya pil ini diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Tambahan lagi, antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil kecemasan ini adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Untuk pengetahuan anda, tablet pertama pil ini harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama. Justeru anda dinasihatkan untuk tidak lagi memakan pil ini kerana dikhuatiri overdose. Namun sekiranya anda masih was-was, boleh segera berjumpa dengan doktor. Selain itu, seperti yang telah diterangkan, pil hormon ini akan cuba sedaya upaya merubah kondisi hormon tubuh agar pesenyawaan (baca: fertilization) tidak berlaku dalam rahim.
Namun bagi pasangan yang kerap melakukan hubungan seks dan tidak merancang untuk mendapatkan zuriat, anda digalkkan untuk mendapatkan pelan perancangan keluarga yang lebih teratur dan untuk jangka masa yang panjang. Tambahan lagi, walaupun pasangan anda mahir dengan kaedah ejakulasi di luar, potensi untuk terjadinya kehamilan tetap boleh berlaku sekiranya terdapat hanya setitis air mani yang berjaya memasuki pintu rahim tanpa diduga.
Untuk mengetahui dos ubat yang sesuai, anda boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).