
Sulit
5 tahun
Makan pil.perancang lama
Saya makan pil.perancang noriday dr tahun 2005 selepas melahirkan ank ke dua.berhenti setahun n melahirkn ank ke 3 tahun 2007…setelah ank ke tiga umur 6 thn saya berhenti lg dn di sahkn mengandung ank ke 4 dn selamat melahirkn ank ke 4 pd thn 2014.selepas itu saya meneruskn makan pil noriday shgga kini ank saya yg ke 4 berumur 5 thn.soalan saya adakah saya patut menukar cara merancang kehamilan setrlah lama makan pil.perancang?umur saya 4q thn.tksh doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang terdiri daripada hormon-hormon yang diproduksi tubuh badan kita dalam bentuk buatan. Justeru, pemakaian lama adalah tidak bermasalah.
Namun, tidak semua ubat pil perancang adalah sesuai untuk wanita berusia lebih 35 tahun. Justeru, anda perlu merujuk kembali berkenaan ini.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasi