
Sulit
4 tahun
Makan pil perancang tapi tak period
sy last mkn pil perancang 11/2/2021 smpi rini xdtg period sepatutnya 3@4 hari dh dtg kn… 12/1/2021 sy ada bersama dengan suami tapi buang diluar adakah sy bolh hamil mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21-28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Menurut penelitian, penggunaan sesuai arahan dapat mengelakkan kehamilan sehingga 95%.
Sekiranya anda baru sahaja menggunakan pil perancang, sebaiknya gunakan kaedah perancang tambahan sehingga mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Selain itu, untuk memastikan anda tidak hamil, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.