
Anonymous
5 tahun
Makan postinor 2 sebelum melakukan seks
Saya makan postinor 2 sebelum melakukan hubungan seks tidak selamat. Adakah kesan postinor tadi masih berfungsi atau perlu makan lagi postinor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual.Anda seharusnya mengambil dos pertama (1 biji) secepat yang mungkin dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Dos kedua (1 biji) seharusnya anda ambil 12 jam selepas dos pertama.
Bagi kes anda, keberkesanan ubat ini diragui kerana anda megambilnya sebelum hubungan seks tanpa perlindungan.
Sila bercakap dengan doktor kami secara peribadi untuk maklumat lanjut tentang pil perancang kecemasan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.