
Sulit
4 tahun
Makan postinor period lambat
Hai doktor . . Doktor saya ingin bertanya. . Sya hbs period pada 9/1 . . Dan sya bersetubuh pada 29/1 . . Sya makan postinor 2 jam8 malam selepas 6jam bersama pil yg pertama . . Keesokan hari jam 8malam saya makan pil kedua . . Dan sekarang sya blm period . . Sepatutnya sya sdh period pada 6hb . . Adakah sya mengandung?? Sya blm sedia untuk mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, kesan sampingan yang biasa setelah pengambilan pil perancang kecemasan tersebut adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasaannya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas mungkin juga berlaku pada sesetengah pesakit. Maklumkan pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda melihat apa-apa yang membuat anda merasa tidak sihat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi