
Sulit
4 tahun
Makan Postinor2 Sebanyak 2kali
Pada awal bln 5hb sya telah makan postinor2 dan slpas 12jam pada 6hb … selepas bbrapa hri … sya mkn pda tarikh 10hh dan 12jam pada 11hb … Adakah ia akn mdtg apa2 kesan lmbt dtg bulan . sebab pda bln lepas selpas sya makan postinor2 saya dtg bulan 2x . Awal dan akhir bln … dan pada bln nie jangkaan saya dtg bln adalah 27hb … Adakah punca hamil saya tinggi ?? sebab saya merancang … mohon perjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara kesan yang biasanya berlaku selepas pengambilan pil perancang kecemasan seperti Postinor adalah kitaran haid yang tidak teratur.
Selain itu, pil perancang kecemasan ini berkesan dengan melambatkan ovulasi. Ianya berkesan untuk mngelakkan kehamilan sebanyak 95% jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, sekiranya anda mengambil pil ini dengan betul, peluang untuk anda hamil adalah nipis.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.