
Anonymous
2 tahun
Makan ubat 5 kali sehari dan berpuasa
Saya baru sahaja mendapat arahan daripada doktor untuk makan ubat acyclovir 800mg selama 5 hari. Apakah boleh saya makan pada waktu malam sahaja kerana ingin berpuasa? Apakah cadangan doktor bekenaan pkara ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda , ubat acyclovir adalah antiviral yang digunakan dalam rawatan & pencegahan jangkitan virus herpes simplex, herpes genital kulit & membran mukus & jangkitan herpes zoster.Sebagai panduan pengambilannya pada masa puasa ini anda bolehlah mengambil ubat tersebut pada masa bersahur, semasa berbuka puasa dan sebelum tidur. Anda juga boleh , mendapatkan cadangan doktor yang memberikan konsultasi tersebut kerana beliau lebih arif akan tahap kesihatan anda
Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.