
Sulit
4 tahun
Makan ubat escapelle dan darah haid berpanjangan
Hi doc saya wanita 20 an, adakah normal kalau makan ubat escapelle, darah hampir 2 minggu dtg? tapi dalam kuantiti sedikit tapi tak seberapa sedikit, sepatutnya period 6/1 tapi awal darah keluar 31/12 sampai skrg masih ada lagi , adakah itu kesan ubat escapelle, kalau itu kesannya sampai bila? saya makan start 25/12

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil Escapelle, ia akan menggangu kitaran haid.
Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUCD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.