
Sulit
3 tahun
Makan. Ubat perancang
Saya tak pernah ambil pill perancang.anak saya dah 4 tahun.jadi saya merancang untuk ambil pill perancang.waktu bila kah saya perlu ambil pill perancang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda ingin mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil pil perancang.
Setiap jenis pil perancang mempunyai cara penggunaan dan kesan yang berbeza-beza kepada setiap individu bergantung kepada kesesuaian dan kondisi kesihatan. Sebelum anda mengambil sebarang pil perancang, anda dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu. Panduan yang tepat dapat diberikan oleh beliau mengenai cara pengambilan pil perancang.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.