
Sulit
5 tahun
Makanan seperti tidak hadam
beberapa minggu sy rasa mknan seperti tidak hadam rasa nk muntah tapi bila muntahkan mknn yg keluarrasa sakit xkurang…sy pregnant 6minggu adakah ini simtom2 kehamilan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Kehamilan
- Food poisoning
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Sembelit
- Irritable bowel syndrome (IBS)sembelisem
Jika anda menghadapi masalah seperti muntah yang berlebihan, hilang berat badan dengan mendadak, gejala yang mengganggu aktiviti seharian anda, anda harus mendapatkan rawatan lanjut. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.