fandiothman

4 tahun

Mana satu yang lemak baik

Hai doktor, apa beza kolesterol HDL, LDL dan trigliceride? Mana satu yang lemak baik?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Kolesterol memerlukan lipoprotein (protein khas) untuk larut dalam darah. Jenis-jenis lipoprotein dalam badan adalah trigliserida, very low density lipoprotein (VLDL), low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein (HDL).

Trigliserida merupakan bentuk lemak yang dibuat dalam badan. Faktor-faktor yang meningkatkan paras trigliserida termasuk kekurangan aktiviti fizikal, obesiti, pengambilan minuman beralkohol, diet yang tidak sihat dan merokok. Kebanyakan orang yang mempunyai paras trigliserida tinggi mempunyai tahap LDL yang tinggi, tahap HDL yang rendah dan jumlah kolesterol yang tinggi.

Low density lipoprotein (LDL) juga dikenali sebagai kolesterol buruk. Ini adalah kerana jenis lipoprotein ini biasanya akan melekat di dinding saluran darah dan menyebabkan pembentukan plak kolesterol. Plak kolesterol adalah penyebab utama aterosklerosis (saluran darah menjadi sempit dan keras), penyakit arteri koronari, serangan jantung dan serangan angin ahmar. Risiko penyakit-penyakit ini akan dapat dikurangkan sekiranya tahap kolesterol LDL kiturunkan.

High density lipoprotein (HDL) juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia berfungsi untuk mengeluarkan kolesterol dari saluran darah dan membawanya kembali ke hati untuk disingkirkan. HDL juga mencegah pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah.
Kolesterol (lemak) adalah salah satu bahan kimia yang penting dalam badan dan tidak semestinya memudaratkan kesihatan.

Fungsi lemak adalah seperti berikut:
o Sebagai sumber tenaga – Lemak disimpan dalam tisu lemak dan diguna apabila karbohidrat tidak cukup untuk membekalkan tenaga.
o Sebagai sebahagian struktur membran sel – Membran sel mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar dan mengawal pengaliran bahan-bahan ke luar atau dalam sel.
o Sebagai hormon dan vitamin – Sebahagian daripada hormon dan vitamin dalam badan manusia diperbuati daripada lemak.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)