
Sulit
4 tahun
Masa sesuai untuk membuat upt
saya period lewat 6 hari , saya ada melakukan sex sebelum 2 minggu tarikh saya period sepatutnya . saya sepatutnye period pada 20/10 tetapi lewat 6 hari . pada bulan lepas saya period pada 21/9 - 26/9 dan saya melakukan persetubuhan pada 2/10 . kini saya mengalami sakit pinggang , pening kepala , tekak tidak selesa pada lewat 6 hari . pada masa bila yang sesuai untuk saya check upt ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang, pening kepala dan anda ingin tahu bila waktu yang sesuai untuk mengesahkan status kehamilan anda serta waktu yang sesuai bagi menggunakan test-kit kehamilan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda perlu menunggu selama seminggu selepas tarikh period yang lewat untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.