
Sulit
5 tahun
Masaalah period yang panjang Dan berulang walaupun telah berjumpa doc Dan mkn ubat
Hi… doc Saya Ada masaalah berulang dgn period Saya yg Mana tempoh period Saya sgt panjang kadang sehingga melebihi 20hari.
Saya telah merujuk doc berkenaan kes Saya ini tetapi masaalah akan berulang kembali setelah Saya habis ambil ubat yg di beri.
Satu lagi Saya nak Tanya Saya Ada ambil minuman collagen Blackmore’s ada kesan ke dengan masaalah period Saya Ni?
Tq doc.

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Haid berpanjangan boleh disebabkan oleh
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih