Sulit
5 tahun
Masaalah tidak period
Hai Doctor,
saya telah berkahwin. umur 45 tahun. dah 2 bulan saya tidak datang period. check negative. Tidak mengandung. Badan rasa tidak selesa. perut rasa penuh. Berangin sehingga jadi gastrik. sakit lengan kanan area bahu. keluar keputihan seperti cheese.
mohon pandangan doctor.
Thank you
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah haid tidak datang bersertakan gastrik, sakit lengan kanan dan keluar lendiran putih kekuningan dari vagina. Simptom yang anda alami mungkit berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Oleh itu, informasi lebih lanjut harus diberi untuk memberi jawapan yang lebih tepat mengenai masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh dijelaskan oleh beberapa penyakit:
- Masalah ketidakseimbangan hormon
*Kehamilan. (Anda boleh cuba sekali lagi untuk mengulang ujian kehamilan) - Polycystic Ovarian Syndrome (Penyakit sista ovari)
- Jangkitan kuman seperti Trichomoniasis
- Jangkitan kulat
- Menopaus
- Pelvic inflammatory disease (Penyakit keradangan bahagian ruang pelvis)
- Ketumbuhan fibroid
- Kanser rahim atau serviks
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

























