
Anonymous
6 tahun
Masalah Air Mani Cepat Pancut
Saya lelaki berumur 20 tahun.Saya mengalami masalah air mani cepat pancut.Saya mengalami masalah ini sudah lama,dalam lingkungan beberapa tahun yang lepas.Saya yakin ini masalah ini berpunca dari perbuatan onani saya yang kerap dan saya memaksa mengeluarkan air mani berkali-kali dalam satu masa.Saya juga kerap mengeluarkan air mani berkali-kali dalam 1 hari.Ini menyebabkan saya menghidapi masalah ini.Saya juga bimbang saya menghidapi masalah ereksi kerana melihat zakar saya yang tidak agak besar.Secara jujurnya,air mani saya keluar tidak sampai seminit semasa beronani.Bagaimana untuk mengatasi masalah ini agar saya menjadi lelaki yang “normal” yang mampu mengeluarkan air mani secara normal.Harap dapat membantu saya

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah ejakulasi pramatang ini memberi kesan kepada 150 juta lelaki di seluruh dunia. Masalah ini agak biasa dalam golongan lelaki yang berusia 40 tahun dan lebih muda. Janganlah berasa tertekan kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini.
Punca berlakunya masalah ejakulasi pramatang adalah tidak diketahui tetapi beberapa kajian mencadangkan masalah psikologi seperti kebimbangan merupakan antara penyebab. Terdapat juga beberapa faktor risiko yang menyebabkan masalah ejakulasi pramatang seperti masalah genetik atau turun-temurun. Masalah hormon seperti hormon tiroid ataupun masalah kesihatan lain seperti jangkitan prostat juga menyumbang kepada ejakulasi pramatang. Kemurungan, cepat marah, kebimbangan, tekanan semasa bersama turut menyebabkan anda menghadapi masalah sebegini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih