
Sulit
4 tahun
Masalah alat sulit secara tiba tiba
Saya lelaki, ingin bertanya, kepala zakar saya tiba ada kesan melecet sedikit dan berasa batang zakar seperti bengkak. Tapi saya tidak pernah melakukan hubungan seks. Apakah puncanya. Saya harap tidak ada berlaku yang serius terhadap alat sulit saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, kepala zakar melecet boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Balanitis iaitu jangkitan kuman pada zakar. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kulat, jangkitan penyakit kelamin.
- Tindakbalas alergi kepada sabun
- Tindakbalas alergi kepada pakaian
- Trauma
- Penyakit kelamin
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Sekiranya gejala yang anda alami berpanjangan, sila berjumpa dengan Doktor untuk rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.