
Sulit
5 tahun
Masalah angin dan kerap sendawa
saya mempunyai masalah angin dan kerap sendawa sebelum tidur. saya juga terasa sempit di dada. adakah ia berpunca daripada asid refluks? Vitamin atau makanan apa yang saya perlu ambil utk kurang kan masalah ini ? Perlu ke saya ambil gavison untuk kurangkan rasa sakit di dada ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah ;
- Asid refluk/ GERD
- Keracunan makanan
- Gastritis
- Masalah ulser perut
- Jangkitan paru-paru
Gaviscon adalah ubat anti-refluks yang digunakan untuk melegakan pedih ulu hati. Sebelum mengambilnya anda harus mengetahui sama ada anda betul mengalami masalah asid refluk.
Kami tidak boleh membuat kesimpulan tanpa pemeriksaan lanjut Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.