
Sulit
4 tahun
Masalah batuk semasa baring dan tidaj boleh suhu sejuk
Hi doktor, emak sy berumur 69tahun ada masalah batuk ketika baring dan tidak boleh sejuk.batuk nye berkahak dan seperti ada lelah.tiada selesema dan deman.sudah menghadapi mslh ini sebulan.sudah buat rujukan diklinik tetapi doktor sahkan batuk biasa.sekarang ini mak saya perlu tidur tanpa buka kipas walaupun dalam keadaan tiada hujan…sy perlu pandangan doktor…terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah batuk.
Untuk makluman anda, batuk boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
- Jangkitan pada paru-paru
- Jangkitan kuman pada tekak
- Jangkitan pada salur nafas
- Keradangan salur nafas ( Bronchitis )
- Jangkitan selesma ( Common cold )
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Melihat kepada kondisi ibu anda, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Anda juga perlu ambil perhatian dengan simtom COVID19 yang sedang melanda negara. Antara simptom COVID19 adalah :
- Batuk atau bersin
- Sesak nafas
- Keletihan dan lesu
- Munta dan rasa loya
- Kepala pening
- Cirit-birit
- Demam
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi ibu anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.