
Sulit
4 tahun
Masalah benjolan kecil bawah ketiak dan ia makin membesar dan masalah underweight
Hai, saya wanita berumur 25 tahun. Saya inginkan pendapat doktor mengenai benjolan yang terdapat di bahagian bawah ketiak. yang membimbangkan adalah benjolan tersebut semaki. Membesar. Saya juga mengalami masalah kurang berat badan. Memandangkan sekarang adalah bulan puasa, berat badan saya menurun sebanyak 9kg tanpa melakukan senaman atau sebarang pekerjaan. Berat badan asal saya adalah kurang daripada 40kg sebelumnya dan amat membimbangkan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan kecil di bawah ketiak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menjelaskan masalah anda:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Ketumbuhan jinak ( Fibroadenoma ) - bengkak tapi tidak sakit.
- Kesan alahan
- Kesan sampingan selepas vaksinasi
- Jangkitan kulat
- Kanser kelenjar limpa ( Lymphoma ) - bengkak tapi tidak sakit
- Kanser sel darah ( Leukemia ) - bengkak tapi tidak sakit
- Penyakit sistemik Lupus Erythematous (Penyakit auto-immun)
- Penyakit abses kulit seperti Hidradenitis Suppurativa
- Kanser payu-dara - bengkak tapi tidak sakit
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah lain seperti keletihan, penurunan berat badan yang mendadak, keruaman pada badan, sakit sendi dan juga sekiranya anda mengalami jangkitan kuman yang kerap berlaku.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.