
Sulit
5 tahun
Masalah berat badan makin susut
Saya wanita 20an dan sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah berat badan yang makin susut . Jadi saya nak tahu ubat atau any supplement yang boleh saya amalkan untuk tambah selera makan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kekurangan berat badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.