
Sulit
4 tahun
Masalah berat berlebihan
Saya merupakan seorang perempuan umur 15 ketinggian 145 cm da berat 50 kg…saya nak tanya adakah berat berlebihan ini disebabkan ada masalah kesihatan atau keturunan…ayah saya pernah cakap yang saya berat berlebihan disebabkan faktor keturunan belah ayah saya yang bertulang besar dan berat…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, melalui pengiraan BMI (body mass index) iaitu sistem untuk menentukan jika berat anda adalah ideal ataupun tidak. Melalui BMI, berat badan anda adalah normal.
Anda boleh mengira BMI dengan formula ini; berat/[ketinggian(m) x ketinggian(m)]. Berat badan yang normal akan berada disekitar BMI 18.5-24.9.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.