
Sulit
4 tahun
Masalah berkaitan dengan suntikan perancang keluarga
Hai dr . Sy wanita 27 tahun. Sy mengambil suntikan perancang keluarga kali ke 2 . Lepas suntikan ke 2 nie haid sy datang lebih 15 hari . Adakah normal ? Sy tidak merasa sakit apa apa sepanjang haid nie . Dan adakah sy boleh solat , puasa seperti biasa ? Tq dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang sering tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD atau perancang keluarga yang lain
- Kanser rahim atau cerviks - gejala lain seperti hilang berat badan, sejarah kekeluargaan, keputusan “smear” positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti penggunaan aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.