
Sulit
4 tahun
Masalah bhg sulit gatal melampau setelah menukar iucd
Sy berumur 39 tahun… Sebelum ni saya mengalami masalah keputihan dan kegatalan yg teruk… Ketika mengandung mereka ada beri rawatan terhadap keputihan saya… Selepas bersalin masalah itu hilang.
Awal tahun 2019 saya telah menukar iucd saya… Selepas seminggu lebih masalah kegatalan tu datang semula. Sehingga ke hari ni. Keputihan saya boleh dikatakan amat2 kurang tapi gatalnya semakin hari semakin teruk… Sudah berapa kali pergi klinik tapi masih sama jugak…
Apakah cara rawatan yg patut saya buat supaya kegatalan ini hilang? Sebab ianya betul2 menganggu kehidupan harian dan emosi saya…
Adakah saya patut membuang iucd saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima Kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
- Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.