
Sulit
4 tahun
Masalah blood pressure
saya berusia 21 tahun.dan mempunyai darah tinggi.sejak kebelakangan ni blood pressure saya tak menentu. 140/101 adakah baya jika blood pressure saya sentiasa begini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tekanan darah tidak terkawal yang berlanjutan akan menyebabkan kerosakan organ-organ seperti jantung, buah pinggang, mata, saluran darah dan otak. Komplikasi yang boleh berlaku akibat tekanan darah tinggi termasuk penyakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, pendarahan dalam mata dan serangan angin ahmar.
Darah tinggi tidak akan sembuh dan hanya boleh dikawal. Anda harus mengamalkan gaya hidup yang sihat dan/atau mengambil ubat darah tinggi untuk sepanjang hayat. Gaya hidup yang sihat merangkumi pemakanan yang sihat, senaman secara berkala, pengekalan berat badan yang ideal, tidak merokok, tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup.
Amalan gaya hidup yang sihat dapat mengawal tekanan darah, meningkatkan kesan ubat darah tinggi dan mengurangkan risiko komplikasi darah tinggi. Anda hanya perlu mengambil ubat apabila tekanan darah tidak dapat dikawal dengan amalan cara hidup yang sihat.
Ubat darah tinggi perlu diambil secara berterusan untuk memastikan ia berkesan dalam menstabilkan tekanan darah anda. Jika ubat darah tinggi dihentikan, tekanan darah tinggi berkemungkinan meningkat dengan cepat dan sukar dikawal. Komplikasi darah tinggi juga boleh berlaku atau bertambah serius. Oleh itu, anda harus mengikuti nasihat doktor untuk memastikan tekanan darah anda terkawal dan tidak menybabkan masalah yang lebih serius.
Pesakit darah tinggi biasanya tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi, kadang-kadang anda boleh mengalami simptom seperti pening kepala. Anda harus memeriksa tekanan darah anda untuk mengetahui sama ada pening itu disebabkan oleh darah tinggi.
Oleh kerana umur anda masih muda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya punca darah tinggi anda dapat dikenal pasti dan rawatan yang lebih spesifik dapat diberi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.