
Sulit
3 tahun
Masalah cecair faraj sebelum kencing
Saya remaja berusia 17 tahun…saya slalu check faraj saya sebelum kencing dengan tisu dan saya dapati ade warna kuning…adakah itu air kencing atau benda lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah cecair kuning yang terdapat pada tisu selepas anda mengelap faraj anda membuatkan anda musykil mengenainya. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Keputihan ataupun cecair jernih yang terdapat daripada faraj merupakan cairan yang normal dan ia adalah sebahagian daripada fisiologi wanita. Namun begitu, sekiranya keputihan tersebut berubah warna seperti kehijauan, kekuningan, coklat atau bercampur dengan darah, ia boleh menandakan seseorang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan pemeriksaan.
Antara sebab lazim mengapa wanita mengalami perubahan warna cecair faraj (keputihan) adalah:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan yis
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases) seperti gonorea, klamidia dan sifilis
- Radang faraj (vaginitis) atau serviks (cervicitis)
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai gejala yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.